SELAMAT DATANG KE BLOG SK SIMPANG KUDA...

Rabu, 12 Februari 2014

'Throwback' Hari Penyampaian Anugerah 2013

Pada tanggal 13 November 2013 yang lalu pihak Sekolah Kebangsaan Simpang Kuda telah mengadakan Hari Penyampaian Anugerah. Pada hari tersebut pihak sekolah telah menyampaikan anugerah kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cermelang dalam bidang kokurikulum dan juga kurikulum. Ini bagi menghargai usaha mereka selain dari memberi dorongan semangat untuk mereka melakukan yang lebih baik kelak. 

Di samping itu slot majlis ini turut diisi dengan sesi penyerahan sijil-sijil kepada para pelajar.
Kemuncak majlis tersebut ialah pengumuman Anugerah Pelajar Terbaik SKSK 2013.


Pelajar Terbaik Lelaki 2013: Bernard Larson anak Tiwi
Pelajar Terbaik Perempuan 2013: Magdellen anak Dream

Isnin, 3 Februari 2014

Selamat Datang Ke Laman Blog SKSK



Salam 1Malaysia dan Salam Sejahtera serta Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung Laman Blog Sekolah Kebangsaan Simpang Kuda (SKSK), Bau. Terima Kasih kami Warga SKSK ucapkan kerana sudi melawati Laman Blog ini. Blog ini merupakan alternatif untuk orang ramai bagi mengenali Sekolah ini dengan lebih dekat dari sudut Sejarah, Lokasi, mahupun Guru-Guru yang mengajar, Staff Sokongan terlibat dan juga para Pelajar.

Di samping itu, blog ini dicipta bertujuan untuk berkongsi segala maklumat dan aktiviti di Sekolah Kebangsaan Simpang Kuda di Laman Sesawang yang mana boleh di akses oleh sesiapa sahaja untuk melihat sendiri apa yang berlaku di SKSK.

Sekali lagi Terima Kasih diucapkan. Moga-moga segala maklumat yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama. Sekian.