SELAMAT DATANG KE BLOG SK SIMPANG KUDA...

Selasa, 19 Julai 2016

Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang 2016 Peringkat PDD Bau

Pada 15-16 Julai 2016 SK Simpang Kuda telah menjadi tuan rumah untuk Karnival ASAT peringkat PPD Bau bagi tahun 2016. Selain SK Simpang Kuda, karnival tersebut turut disertai lima buah sekolah rendah berasrama lain di daerah Bau antaranya ialah SK Segong, SK Jagoi, SK Gumbang, SK Tringgus dan SK Serasot. Dalam program yang berlangsung selama dua hari itu telah menyaksikan SK Simpang Kuda berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan. Pada ASAT kali ini SK Simpang Kuda telah menyertai semua kategori pertandingan ASAT. Berikut ialah senarai pertandingan dan pencapaian sekolah.
Bil.
Pertandingan
Kedudukan
1.
Futsal
2
2.
Bola Jaring
2
3.
Catur
L: 3 P: 5
4.
Pidato
5
5.
Nyanyian
6
6.
Tarian
1
7.
Sukaneka
2

Ahad, 28 Februari 2016

Mesyuarat PIBG Ke-1 Sk Simpang Kuda

Suasana sekitar semasa mesyuarat sedang dijalankan. Biarpun hujan turun dengan lebat pada masa itu namun tidak menghalang kehadiran para ibubapa ke mesyuarat tersebut.
Banyak agenda yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut antaranya laporan perbelanjaan kewangan PIBG. Turut dibangkitkan mengenai aktiviti yang bakal dilakukan seperti gotong-royong dan karnival PIBG Sk Simpang Kuda sendiri. Mesyuarat yang diadakan pada hari Ahad bermula pada pukul 2.00 petang itu dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Empat orang kuat PIBG SiKuda. Dari kiri En. Limi(S/U), En. Simon(GB),
En. John (Naib YDP) dan Pn. Limi(Bendahari).
Pn. Limi membentangkan perbelanjaan wang PIBG sepanjang tahun 2015.
Antara guru, staff dan ibubapa yang hadir pada mesyuarat itu.


Jumaat, 29 Januari 2016

Aktiviti Gotong Royong Sekolah

Tanggal 29 Januari 2016 lalu, SK Simpang Kuda telah menjalankan aktiviti gotong-royong. Gotong-royong yang dilakukan sendiri oleh warga SiKuda itu melibatkan para pelajar, guru-guru, kakitangan sokongan sekolah dan pekerja-pekerja swasta yang bekerja di SK Simpang Kuda.
Program pembuka; senamrobik diawal pagi bagi memanaskan badan
sebelum aktiviti gotong-royong bermula.
Guru dan pelajar bekerjasama memebersihkan kawasan sekolah.
Objektif utama aktiviti tersebut dilaksanakan secara amnya adalah bagi menjaga kebersihan persekitaran sekolah selain mengamalkan 'go green' atau sekolah hijau dengan menanam pokok-pokok bunga. Dalam aktiviti gotong-royong tersebut beberapa kumpulan dibentuk untuk membersihkan kawasan stesen masing-masing.

Klik di bawah untuk lihat foto seterusnya.

Khamis, 28 Januari 2016

Mesyuarat Pengurusan Asrama Januari 2016

28 Januari 2016, Mesyuarat Pengurusan Asrama telah diadakan. Mesyuarat tersebut dibuat bagi tujuan membincangkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti asrama yang bakal berlangsung di SK Simpang Kuda salah satu daripadanya ialah Malam Ria Asrama 2016 (Februari) dan Karnival ASAT peringkat sekolah rendah daerah Bau.

Tarikh: 28/1/2016
Tempat: Makmal Komputer, Sk Simpang Kuda

Mesyuarat dipengerusikan oleh Cikgu Mary (PK HEM).
Ibu Bapa juga turut dijemput menyertai mesyuarat.
Pembentangan agenda mesyuarat.
Antara AKS yang hadir.

Selasa, 26 Januari 2016

Pertandingan Sepak Takraw B-12 MSSR Daerah Bau 2016

Pada 26 Januari 2016 yang lalu SK Simpang Kuda telah menghantar empat orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Sepak Takraw 12 Tahun ke bawah peringkat Sekolah Rendah Daerah Bau. Pertandingan di adakan di dalam dewan SK St. John.
Tahniah!!! Cikgu Broster bersama anak didiknya
berjaya mendapat tempat ke-2
Ini adalah kali pertama penyertaan SK Simpang Kuda dalam pertandingan tersebut selepas beberapa tahun tidak mengambil bahagian. Namun pasukan di bawah bimbingan Cikgu Broster ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah setelah memperoleh tempat kedua selepas tewas kepada sekolah jiran iaitu SK Segubang. Tahniah diucapkan.
SiKuda sedang beraksi.

Cikgu Broster memberi arahan teknikal kepada pemain nya.

Jumaat, 22 Januari 2016

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2016

Awal pagi 22 Januari 2016 lalu, bertempat di Bilik Serbaguna, SK Simpang Kuda, Bau telah diadakan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1. Majlis itu dihadiri oleh ibu bapa dan murid Tahun 1 serta para guru yang mengajar Tahun 1 termasuk guru kelas. Turut sama menyempurnakan majlis ialah semua Penolong Kanan dan Guru Besar sekolah.

Cikgu Daol (PK 1) memberi kata-kata aluan beliau.
Cikgu Simon (Guru Besar) menyampaikan ucapan  beliau sekaligus menangguhkan
Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2016.
Antara murid-murid dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Selasa, 12 Januari 2016

Mesyuarat Staff 1/2016

Pada 12 Januari 2016. Pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Staff yang pertama bagi tahun 2016. Mesyuarat yang berlangsung selama hampir dua jam bermula pada pukul 1.45 petang itu diadakan di dalam bangunan Makmal Komputer SK Simpang Kuda.
Encik Simon Kuek (GB) sedang memberi taklimat beliau.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Simon Kuek anak Nokep yang juga merupakan Guru Besar SK Simpang Kuda yang baru. Antara agenda utama Mesyuarat Staff 1/2016 ialah seperti berikut:
  1. Dialog Prestasi
  2. Mesyurat JK Pengurusan HEM Bil 1/2016
  3. Penubuhan JK Kem Motivasi UPSR Kelompok Jambusan
Puan Mary Alek membentangkan JK Pengurusan HEM.
Kelihatan Encik Daol Tiweh sedang membincangkan agenda mesyuarat ke-3
 iaitu penubuhan JK Kem Motivasi UPSR kelompok Jambusan.
Persekitaran Mesyuarat Staff 1/2016